BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

NoRFaRHaNa AshIm

NoRFaRHaNa AshIm
PeRJaLaNaN HiDuPKu

Wednesday, December 02, 2009

Membaca Garis Hidup Sesuai Angka Kelahiran

Membaca Garis Hidup Sesuai Angka Kelahiran


Tanggal Lahir: 03-06-1986
0+3+0+6+1+9+8+6=33=3+3=6
Berikut ini adalah analisa angka garis hidup nomor 6:

Karakter garis hidup 6 yang paling menonjol adalah rasa tanggung jawab yang besar. Anda idealis, dan bahagia jika berguna bagi orang lain. Sumbangan terbesar yang Anda berikan dalam kehidupan ini adalah memberikan advis, pelayanan dan dukungan. Garis hidup ini temanya adalah kepemimpinan karena kemampuannya dalam memberi teladan dan kesediaan untuk bertanggung jawab.

Hal ini menjadikan Anda selalu bersedia menanggung beban kelompok dan siap untuk menolong. Anda seringkali terdorong untuk bertindak dengan kekuatan dan belas kasihan. Anda simpatik, dan senang berbagi dengan orang lain, baik membantu dalam hal mental maupun materi. Kebijaksanaan, keseimbangan, dan pengertian adalah beberapa karakter Anda. Kemampuan Anda memahami masalah orang lain, dan ini sudah menjadi karakter Anda sejak kecik agi...

Wednesday, November 11, 2009

Menghitung Hari.....

Salam.....

Ai...pe nk jadi nie...spanjang exam week xpenah satu ari pun yg seriuos stdy sumer nyer main je lebih...hhmm....akn dtg pekse statistik lak..pening kepala nk ingat formula nie...da la byk sumer megelirukan je sumer...tolong la aku cmner nk stdy molek2 n smart gini klu asyik main je..asyik duk ngadap komputer je...

"YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSANKU YANG MASIH BELUM SELESAI DAN BERIKAN LA KEJAYAAN KEPADA KU UTK MENERUSKAN KEHIDUPANKU YANG MASIH JAUH MENGHARUNGI SEGALANYA..."

Tuesday, November 10, 2009

Prorgram Anak Angkat @ Kg. Tg. Sembrong Batu Pahat on 23 Oct till 25 Oct 2009 (Continue)....


KENANGAN BERSAMA STUDENT KHIDMAT MASYARAKAT SEC 3 UTHM....


Aku nk smbung cite psl aku gi prgrm nie..tengah ari yg best tau..bile sumer dak2 dlm umh tu berkerja sama gotong royong utk mkn tengah hari tau...tengah ari tu mmg best la sgt2...ner xnyer sumer masing2 lapo...so sumer turun pdg la wat lunch kan...so cm2 lauk kitorg wat ikan goreng masak kicap la...sayur kangkung msk belacan la...telur goreng mmg wajib tau...pahtu pak naib bg msk lemak ikan masin pari la...last skali tempe goreng sambal..mmg sedap kan..kat johor kan mkn tempe...

lps mkn kemas sumer pape yg patut then pe agi konon nk tgk cite "SETEM" la...sorang2 cri bntal n port ner nk landing..tgk2 sumer landing cm ular sawa kekenyangan...hah pe agi tunggu kan sumer sedap tido smpai kul5ptg..kalut la sumer bngun solat zohor..

pahtu gi la umh mak cik leha ner tau nk tolong pape ke coz malam tu majlis BBQ n mjlis penutupan sesi pembelajaran kami sebagai "STUDENT KHIDMAT MASYARAKAT SEC 3"...kitorng gi tp sumer da settle Pn.Fatima da wat ngan kak leha+dak2 kmpln HOPE...nk pe agi gi jln la umh mak cik saodah n kaw kg tu kan..best gak agk tenang n nyaman tau...sape yg suka kaw kg cmtu leh la lawat kg. tg. sembrong nie...xrugi la...

lepas solat maghrib majlis pun bermula...sumer suka sgt...dpt amik gmbar...dpt mkn...dpt suka2...mkn sama2 ngan sumer yg dtg bersama keluarge angkat masing2...acara bermula dgn mkn bersama..kemudian ucapan dr pengerusi persatuan>> Puan Fatimah >> Pak Naib sbg Ketua Kampung....kemudian Penyampaian cnderahati kpd keluarga2 angkat masing serta cnderahati kpd kami sumer...maka selesai la majlis tersebut selepas seis penyampaian hadiah...

IT'S TIME...pe agi gambar time...sonok sgt la leh amik gmbar kan...klu leh sumer pose nk wat kan...best sgt kot..huhuhu



pakat nk tolong bakar ayam...


nik suka mkn sama2 ngan NENEK MAHANI....



penyerahan cenderahati dr kami kpd nenek Mahani...


PAPAYA's member + Pn. Fatimah


Pagi bsk tu kami bersiap balik dgn keadaan yg sedih krn syg meninggal kan kg. tg. sembrong nie...tp pg tu kami mkn sarapan bersama2..di dpn umh KAK LEHA...smbil2 amik gmbr..


AMY+GEE+ME...


GMBR NGAN ADIK SEHA...

Prorgram Anak Angkat @ Kg. Tg. Sembrong Batu Pahat on 23 Oct till 25 Oct 2009

Pengalaman yg xdpt lupakan..selama idup xpenah pi prgrm nie..asyik tgk org je gi..bile tnya best ke..depa kata best..but bile da gi mmg best pun..rse cm xnk blik langsung..tp tpaksa balik gak...

Progrm mula bile kami smpai di kg tersebut pd jam 7.00pm...sumer keluarge angkat masing2 sedang menunggu kami yg lewat sejam dr mse yg ditetapkn...seramai 37org yg hadir n mpunyai keluarga angkat msing2..

aku bsama2 dgn 8org yg len telah mjadi ank angkat kpd nenek mahani n nenek zaharah..dsbbkn oleh umur mereka yg mnjangkau 70lebih maka kami panggil nenek...disana kami memulakan xtvt yg dirancang kan...

pd malam tu kami memasak bersama2 smbil berbual2 dgn nenek bdua tu..menu pd mlm tu ialah sambal sardin+sayur kobis n kacang panjang+telur goreng..sungguh sedap kami mkn..bkn nenek tu yg mkn..hahahaha...xde la depa mkn gak tp xla pelahap cm kiter org kan...slps tu bual2 agi n kami pun tido...

pg yg sunyi n sejuk mbuatkn kami sedap tido..tp bngun pagi gak..coz pagi nk masak sarapan lak..brg2 mskn telah disediakan oleh PUAN FATIMAH N ENCIK AZHAR...pagi tu kami msk mihun goreng+air teh+telur goreng...slps mgemas dapur slps mkn, kami melawat sekeliling umh tersebut utk membantu membersihkn kaw umh tp malangnya umh nenek nie sentiasa bersih kerna mereka selalu membersihkn nyer..

kerna kbtln umh Pak Naib berada di sebelah umh nenek maka kami mngunjungi umh pak naib N Ibu Ayang...smbil berborak2 gelak ketawa suka hati dgn layanan ibu n Pak Naib sekeluarga kpd kami...kami sungguh gembiara berada disana n dpt melupakan skjp mslh yg dibelenggu ketika belaja..huhuhu

antra gmbr2 pd ari 1st kat sama....


di rumah Pak Naib n Ibu Ayang....



lepak kat umh nenek mahani...suka sgt leh mkn kan...




bsama foreign student 1 n only in this class...


byk agi cite2 n gmbr2 agi tunggu yek...best tau...

Friday, October 02, 2009

Perwatakan melalui Bulan Lahir Anda

JANUARI
Bercita-cita tinggi, serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang, suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas, teratur, bersifat sensitif, berfikiran mendalam, pandai mengambil hati orang lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tapi tak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cukup cemburu yang sangat tinggi.




FEBRUARI
Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak, genius, berpersonaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu, rendah diri, jujur, setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, berscita-cita tinggi, suka berangan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamerkan emosi.





MAC
Berpersonaliti yang menawan dan menarik, mudah didampingi, sangat pemalu, pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah, mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam-kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam muzik, kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik jangan terlalu moody.





APRIL
Sangat aktif and dinamik, cepat bertindah buat keputusan tapi cepat menyesal, sangat menarik dan sangat manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk), berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan-santun dan pemurah, emosi cepat terusik, try control the emotion, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam-kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.





MEI
Kekerasan hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dah leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, pemikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.





JUN
Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, bersikap terus-terang, berperangai yang lemah-lembut, mudah berubah, sikap, perangai, idea dan mood, idea yang terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, berani dan tiada perasaan takut, suka bercakap dan berdebat, pandai menawan dan memukau, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib dan tulus, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selsema, suka berkemas dan bergaya, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi sesiapa yang menegur saya adalah kawan saya.





JULAI
Sangat seronok didamping, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali diransang, ada harga dan maruah diri, tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain dengan pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.





OGOS
Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan-santun dan caring terhadap orang lain, berani dah tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan bersifat kepimpinan, pandai pujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luarbiasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam-kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.





SEPTEMBER
Sangat bersopan-santun dan bertolak-ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat perihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya pentaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, bersistematik.





OKTOBER
Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan-santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah, macam pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam-kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih, penyayang dan lemah-lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.




NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak diusahakan sehingga berjaya, tak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah.




DISEMBER
Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian, dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak-ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, benci pada kongkongan, suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik.